Friday, October 28, 2011
Sunday, October 16, 2011
10 wasiat
10 wasiat imam as-syahid Hassan al-Banna
1.Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2.Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.
3.Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).
4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8.Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.
Posted by HaYaYa at 8:31 AM 0 comments
Labels: jOm berAmaL
Wednesday, October 12, 2011
~Rapuhnya iman muslimah~
~Rapuhnya iman muslimah~..ringkas tapi mendalam.. Saudara yang dirahmati Allah,renungkanlah kisah ini. Moge mendapat manfaat. Apakah kite termasuk dalam golongan yang sedemikian. Ana tak layak digelar solehah kerana banyak lagi kekurangan diri. Ana juga seperti kalian. Meraba-raba mencari kasih illahi.. Jom! ikuti fokus utama ini terutamanya kepada para Muslimah. Apakah kite layak untuk menjadi "Muslimah Solehah"?? Tepuk dada tanye iman..
kisah 1:--
Dalam kepenatan pulang dari sekolah,seperti biasa ana berjalan menuju ke baiti jannati.Dalam perjalanan pulang, semasa hendak melintas jalan..ternampak seorang muslimah memimpin anaknya untuk melintas jalan.Sejuk mata memandang..huhu.Tanpa disangka,selipar anaknya tertanggal dari kakinya semasa tergesa-gesa untuk melintas.Nak tahu tak ape yang ibu die lakukan pada anknya yang masih kecil kire2 umur 4 tahunla..Urm..ibunya memarahi anaknya kerana kesilapan sekecil itu lalu membaling selipar ke atas muka anaknya.MasyA aLLAH..Hebatnye cara mendidik anak..Mungkin ini yang dikatakan solehah?
kisah 2:-
Seminggu sebelum imtihan pertengahan tahun Spm yang lalu, ana sempat meluangkan mase bersiar-siar di pantai..Nak lepaskan stress kononnya..Di situ ada sepasang suami isteri.Baru berkahwin.Agaknyela..Si isteri memangku bayinya.Cuba menenangkan bayinya yang merengek menangis.Saudara rase ape yang dilakukan oleh si isteri itu untuk menenangkan anaknya yang masih kecil itu..? Si isteri mendodoikan bayinya dengan menyanyikan lagu jiwang..Kalau tak silap ana,"luahan hati" nyanyian apit..Masya Allah..Hebat betul muslimah sekarang..mendodoikan anknya dengan lagu2 kejiwanngan..Hmm..
Ana tak nak ulas dengan lanjut.Apakah masih perlu diajar satu persatu? Realitinya,budaya zaman sekarang.Hanya pandai berkahwin tapi?Fikirkanlah..Dimane srikandi ummah?Dimane muslimah sejati?Dimane mujahidah pekerti?Dimane mar'ah solehah?Kadang-kadang terbit rase malu kerana begitu rapuhnya kite nie iye kaum hawa.Cetek dengan ilmu agama.Sedarlah ukhti..kembalikan zaman kegemilangan islam dengan menjadi wanita itu..Moge memperoleh iktibar dan sedarlah.Layakkah kite menjadi bidadari syurga?
~Susahnya ingin mencari wanita solehah di zaman sekarang~Alangkah sedihnya..Indahnya hidup bersyariat.
min blog ~hurrun aini janati~
Posted by HaYaYa at 5:58 PM 0 comments
Labels: SeTareH miNDa
Sunday, October 9, 2011
KISAH MANGKUK YANG CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT
Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a.
Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.
Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).
Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".
Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut". Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Allah SWT berfirman, " Sorga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju sorga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Wallahua'lam
Posted by HaYaYa at 3:19 AM 0 comments
Labels: iLmiAh
Friday, October 7, 2011
Kata2 Yg dLm maksudnya..
~aku insan penuh dosa dan noda, kembara mencari cahaya, musafir mencari kasih Pencipta...~
~walau rupamu amat menawan, namun ku tetap pilih beriman...~
~orang yg teruk boleh jadi baik jika dia mahu. orang yang tak soleh boleh jadi soleh jika dia mahu. Jika mahu syurga, dia mampu dapatkan kalau dia mahu. Nak sejuta daya.~
"Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji Tuhan, apabila rindu terusik,Rasul-NYA menjadi pilihan"
SubahanAllah..Alhamdulillah..AllahuAkbar!!!
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Posted by HaYaYa at 9:00 AM 0 comments
Wednesday, October 5, 2011
Sunday, October 2, 2011
Empat perkara VS Empat perkara
PETUA IMAM SYAFIE’ :
Empat perkara MENGUATKAN BADAN :~
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara MELEMAHKAN BADAN :~
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara MENAJAMKAN BADAN :~
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara MEROSAKKAN MATA :~
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara MENAJAMKAN FIKIRAN :~
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
*Kalau ada kesudian . Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. SELAMAT BERAMAL.
Posted by HaYaYa at 8:46 AM 0 comments
Labels: jOm berAmaL