Saturday, May 2, 2009

Tabik spiring!!!


khuf wa mish2 wa mauz wa tufah

Ada seorang sahabat ni bila beli pisang, dia beli yang dah nak busuk. Pelik, kan? Lawok sungguh kawan kita ni..Bila tanya, ngape? Dia jawab, “Sebab yang nak busuk ni tak da sape nak beli. Jadi, kita beli lah..sebab kita kan nak makan hari ni atau esok..kat umah kita kan ramai orang, mesti habis…” (kita geleng kepala-dia memang baik, dia tak nak peniaga ni rugi, sebab peniaga ni orang Islam, alasannya kerana kita kan bersaudara, saling membantu dalam kebaikan.) Baginya, yang elok tu, nanti ada orang beli, esok orang beli pun takpa sebab elok lagi. Kalau kita beli yang elok hari ni, orang yang datang esok, mesti tak nak beli yang dah buruk ni, sebab esok lagi buruk, entah-entah dah tak leh makan, betul tak? Wah, tabik spring, buat sahabatku!!~~

Assalamualaikum..sahabat-sahabat yang memang selalu dok dalam ingatan teman. Hari ni, nak cite pasal…sahabat-sahabat kita.. Nak tau mana datang idea ni? Hmm…tadi kita gi dapur, kita tengok buah-buahan ni nak busuk dah, ada limau, khuh dan yang paling bestnye pisang pun ada… Jadi, kita angkutlah semua..Kita kan suka makan…Buah-buahan ni kalau kita tak makan, siapa nak makan… Esok kan hari Khamis, mesti sume puasa. Kita makan semua yang dah buruk, yang agak2 kita esok dia dah busuk atau lusa kot dia busuk. Tiba2 kita fikir…mana kita belaja ye? Oh ye, dari kawan kita…yang suka beli pisang buruk (dah nak busuk-tapi elok lagi) tadi… Kita teringatlah pada kawan-kawan kita…Ada macam-macam perwatakan deme ni..jom, kita nak share kisah ni….

KISAH 1
Ada sorang ni.. Bila nak start solat dah, dia imam, tetiba, angkat takbir je..dia kata.. “Cop2..kita rasa kita belum amek wudhuk, tadi kita berus gigi je, lupa nak ambil wudhuk.. kak yati jadi imam ye?” Kita pun jadi imam, tapi dalam solat asyik nak tergelak je..camne dia bole lupa dia blum amek wudhuk…tapi, habis solat je, kita tahniah kat sahabat kita ni..sebab dia jujur sangat..respect btul..tabik spring !!~

KISAH 2
Ada lagi seorang ni, kita kata kita nak bangun tidur, kita kata tolong sangat2 kejut semula kul 11 malam, kita nak siap keje kita penting sangat…tapi skang ngantuk sangat..tolong eh…kejutkan sampai bangun tau..siram air pun takpe (ni ayat biasa kita, walau tak penah ada orang wat) “Allah, ape ni…?”Kita terpinga2 bangun tidur. Terkejut kita..nak tau ngapa…?? Dia kejut kita dengan cara siram muka kita ngan air…ya Allah, betul2 dia buat…masya Allah, tak pernah jumpa kawan sebaik ni..memang dia ni bagus betul, bila baca buku, dia hafal sebiji ayat dalam buku, salah pun sikit je, memang genius..wah, tabik spring!!~

KISAH 3
Ada lagi, kawan kita ni, dia tegur kawan2 masa kat perak sebab ada 3 atau 4 orang sahabat termasuk kita masih guna komputer walaupun guruh petir. Kita pun stoplah kerja kita. Nak tau kenapa dia tegas, sebab dia sayangkan kawan. Dia bukan kisah, kita tak suka dia ke apa ke..ni lah contoh kawan yang baik…wah, respect sangat, kita sayang kat dia..Tabik spring!~~

KISAH 4

Ada lagi sorang ni, dia suka makan pisang pastu gosokkan kulit pisang kat muka dia..padanlah muka dia ok je, jarang ada jerawat atau benda len…katanya, ni lah pencuci muka dia…tak perlu membazir beli pencuci muka. Lagi satu yang mak kite ajarkan, basuh beras waktu nak tenggek nasi tu, air basuhan beras tu disapukan pada muka. Cubalah…ada lagi, kulit limau dan tomato, cubalah..ada orang siap blender lagi semua bahan ni untuk jadi pencuci muka..free of charge..pisangnya dimakan, kulitnya, jadi pencuci muka..hehe…tapi of course wudhuk dah cukup (muka bercahaya)! Ada lagi, pakai purdah , Mejar Qoyyum bagitahu kite, isterinya yang belajar di Jordan kata, pakai purdah ni, kulit muka terjaga..huhu…tak taulah.. Tabik spring!!~

KISAH 5
Ada kawan kita ni, dia nak bawa beg kita, katanya biarlah dia tolong, Kita kata, ngape pulak..ringan je, kan…dia nak juga, bila tanya, dia kata, yelah, kita kan sibuk fikir dan merancang, at least dia tolong angkat beg kita dapatlah ringankan kerja kita…ish, pelik betul…ada ye orang baik macam ni kat dunia?? Respect btul…Tabik spring!!~

KISAH 6
Ada kawan kita ni, dia duk cerita yang laki boleh baca macam2 pada muka kita, bibir kita, hidung kita, pipi kita semua bendalah kan…kiteorang pun hiran lah, ngape kite orang tak tau baca semua tu, dia kata dia ada buku pasal tu, dia pun tunjuklah pada kiteorang, pastu, kan, dia kata, orang lelaki belajar ni semua dari guru lelaki dan biasanya kat sekolah pondok mesti belajar benda ni. Sebab tu lah sebaiknya kita tutup muka dan tundukkan pandangan…sebab tu kat sekolah pondok, perempuan semua pakai purdah dan biasanya semua hitam. Lepastu ada sorang kawan kata, “ malulah kalau lelaki boleh i’rob muka kita” Kawan kita ngangguk diam je. …Tabik spring!~

KISAH 7
Ada kawan kiteorang ni, dia sangat tak suka gi pasar malam. Memang perempuan tak elok gi pasar, sebab dirinya akan terdedah pada fitnah. Kawan kitorang ni selalu ingatkan baca ayat Kursiy bila gi pasar. Lagi satu, bila dia pergi pasar malam, banyak syarat untuk dia beli satu makanan tu, kan banyak makanan yang sama, tapi peniaga yang berlainan, so, jom tengok syarat kawan kita…biasanya nak membeli sesuatu mestilah dari orang Islam, kedua, pakai tudung, ketiga yang lelaki mesti tak pakai rantai atau gelang yang bukan2, lepastu, mesti yang jaga solat( kalau kita pernah tahu dia tak gi solat, maka, jangan beli kat dia)..bagus betul, bila tanya, kenapa, dia kata makanan akan mempengaruhi peribadi kita. Padanlah, dia ni baik sangat orangnya..*-* Tabik spring!!~

KISAH 8
Ada kawan kita, suka ambil gelas kita bila kita minum guna tangan kiri, mesti dia tukarkan pada tangan kanan. Bagus betul kawan kita..lama-lama kita akan terbiasa, bila selalu ditarbiyah macam ni. Kan sunnah, memulakan sesuatu dengan kanan..tabik spring btul, kan? *-*


KISAH 9
Ada kawan kita ni, nak makan gula-gula pun dia duduk dulu baru masukkan gula-gula dalam mulut, pastu bila masak, nak rasa makanan dia akan duduk dulu untuk rasa, bagus kan? Ni lah kawan-kawan yang hebat pada pandangan mata kita..Nilai tarbiyah ni la yang kita nakkan selalu…tabik spring, kan?!!~

KISAH 10
Ada sahabat kita ni lagilah, ada seorang laki ni nak kawin dengan dia, pastu dia dapat tahu dulu laki ni suka ngan kawan kitorang lagi sorang, kawan kitorang ni masih suka kat dia, jadi, kawan kita ni pun berundur diri..sebab dia lagi sayang kawan dia daripada diri dia sendiri..huhu..kita pun tengok dia nangis masa berkorban, takpe sahabatku, Allah tahu yang terbaik untukmu, tabik spring!~ Bersabarlah…

KISAH 11
Ada sahabat kita ni, dia suka sangat belanja orang, selalu sangat, semua benda guna duit die..pastu, bila orang nak bayar balik, mesti dia tak mahu. Murah rezeki insya Allah. Kiteorang terpaksa masuk duit dalam beg dia sorok2…dia tak nak juga nak wat camne…huhu..Tabik spring betul!~ Allahumma yubarik fiik

KISAH 12
Ada sahabat kita ni, bila kawan dia kat umah lama dia beli CD cerita yang bukan2, dia ambil dan pecahkan. . Dan buang dalam tong sampah, secara terang-terangan. Bila tanya kenapa, dia kata, kalau gambar pun tak senonoh depan cover, ceritanya apatah lagi…kawan dia yang beli CD tu minta maaf dan dia pun minta maaf, kawan kita ni ganti RM 5 untuk harga CD tu sebab dia pecahkan (masya Allah), bila kita tanya dia ngapa dia buat macam tu, katanya ustaz dia ajarkan sebagai satu cara yang berhikmah. Sebab nak bagi kesedaran pada kawan dia yang tak sedar2 lagi. Memang kawan dia dengar nasihat dia.huhu..Tabik spring, kan? !~


KISAH 13
Ada kawan kita ni, dia baik sangat..dia tak dapat gi program sebab ada hal…tapi, kan, bila kitorang balik program je, nak tahu apa jadi, cuba teka?? Dia tanya sape nak dia basuhkan baju?? Dia bawa baldi dan minta baju untuk dibasuhkan..Masya Allah, Allahumma inna nas aluka salamatan fiddin…amiin ya Allah. Allahumma yubarik fi akhowat fil Islam..aamiiin….Tabik spring!!~ toink$#*#

KISAH 14
Ada lagi sorang ni dia tak biasa jadi imam solat Maghrib, jadi bila dia jadi imam dia baca surah perlahan je dan tak tinggikan suara, yang kawan kita ni jadi makmum kawannya yang tadi, jadi bila rokaat kedua, dia bacalah kuat2 untuk tegur yang kawan tadi baca perlahan. Sekali imamnya berhenti solat dan tanya ngapa baca kuat2…makmum ni kata “ ye lah nak tegur supaya imam kuatkan suara untuk bacaan”..imam ni pun tanyalah saya, ngapa pula, bukankah sunat sahaja untuk kuatkan suara?”. Jawab saya, ya sunat untuk imam menguatkan suara ketika baca surah al-Fatihah dan surah selepasnya untuk solat Subuh, Maghrib dan Isyak. Tapi, tak batallah solat walaupun dibaca perlahan. Tapi, lain kali, kawan tadi tegur, maka kuatkan jelah bacaan ye, bukannya berhenti solat..hihi…

Kisah15
Ada kawan kita ni dia dah kawin, katanya suami dia tak nak ada tv kat umah. Buku je banyak sangat kat umah dia..pernah dia bawa tv kt umah, pastu meletup. Huhu…katanya, akibat derhaka…lawok sungguh kawan kita ni…klakar kita dengar cite deme..yela..kawan2 kita ramai yang dah kawin… Pastu, kawan kita ni skarang dia suka takda tv kat umah, sebabnya, memang dah tak tahu nak buat apa, maka dia baca buku2 suaminya yang banyak sangat tu…ya Allah..bagusnya…katanya lagi, tv boleh kalau ada pantauan dari ibu (suri rumah). Sebab ada kawannya ni, ibu dia duk tengok tv ngan dia, dan cerita yang boleh tengok hanyalah kisah benar dan cerita lain yang ada pengajaran. Ibu dia akan duduk sama dan tengok sama serta terangkan kebaikan dan keburukan tv ni. Pastu, masa lain tv tak boleh buka langsung. Memang kawan dia ni best student SPM, STAM dan best student di Mesir. Masya Allah..tabik spring!!~

KISAH 16

Ada kawan kita ni, setiap kali azan mesti dia hormat azan. Lepastu, bila habis azan, dia baca doa lama sikit dari orang lain. Bila tanya, katanya ustaznya ajar supaya baca sepuluh kali selawat sebelum baca doa sesudah azan. Sebabnya, selawat kan banyak fadhilatnya, antaranya paling besar dapat syafaat Nabi s.a.w, masa hari kiamat, jadi, kalau bukan kita tetapkan sepuluh kali setiap kali habis azan masa bila je lagi kita berselawat..huhu..betul juga, kan..tabik spring!!~

Allahu akbar!
Sorilah, kita banyak cite, kan? Alhamdulillah Allah kurniakan akal yang ligat berfikir. Itulah kelebihan dan kelemahan. Yang baiknya ialah ia mampu berfikir, yang tak baiknya bila ia bersangka buruk pula. Yang baik lagi ialah ia sibuk memikirkan masalah umat, dari bangun tidur sampai dah berbaring pun masih ligat berfikir, tak sedar bila terlelap. Yang itu nak buat, yang itu nak rancang, yang itu nak settle, yang ni nak diselesaikan.Yang tak baiknya pula, setiap masa berfikir, fikir dan fikir, kadang-kadang terbawa dalam solat pula. Astaghfirullahala’zim. Dalam solat kita kena tukar ‘tune’ fikir masalah umat kepada fikir maksud setiap ayat yang kita baca dalam solat. Boleh kawan2?? Nak khusyuk memang susah, even sahabat nabi s.a.w sendiri ada masalah untuk khusyuk, inikan kita pula yang lahir dalam zaman yang teruk sangat masalah umatnya. Jadi, nak wat camne, usaha gigih juga untuk khusyuk. Cara terbaik ialah mempelajari bahasa arab, sebab bila kita faham apa kita baca dalam solat, maka mudah kita menghayati setiap kalimah dalam bacaan solat kita, maka dekatlah kita pada khusyuk. Allahumma inna nas aluka qalban khosyi’an. Amiiin… Dah fikir macam-macam, nak dilontarkan pula, tapi pada siapa, siapa yang nak dengar semua apa kita fikir? Sape yang sudi dengar semua cerita dan perancangan kita?? Maka monitor lah jadi mangsanya.Takpe kan…*-*

0 comments: