Saturday, June 12, 2010

لو كان بيننا رسول صلى الله عليه وسلم


Sunday, May 30, 2010

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

Kisah menarik dan info yang sgt bermanfaat untuk sahabat2 yg bergelar baba mama,abi umi,ibu ayah dan yang sewaktu dengan nya...

Al-kisah seorang bayi yg baru berusia 4 bulan....
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.


sbs


Health Info

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.


Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4.
Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian. Sayangi anak kite yg kite kandung 9bulan10hari...semoge bermanfaat untuk sahabat2 d luar sane...

Sepotong hadis untuk kite renungi bersame2....

Dari Muaz bin Jabal r.a: mencarinya adalah IBADAH, mengulanginya adalah TASBIH, membahasnya adalah JIHAD, Mengajarkannya adalah SEDEKAH, Melayani orang yang berilmu adalah TAQARRUB..

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu..'2010

Assalamualaikum..bertepatan dgn gelaran ana sebagai ibu setelah genap 2 tahun ari ni diri yg kerdil lagi hina bersyukur dgn nikmat kurnian mu Ya Rabb..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


untuk ibu ku juge walaupun jauh d mate tetapi senantiase dekat d hati..nanti kan kepulangan anakmu dr rantauan yg jauh beribu batu ini...serta buat ibu mrtue ku walaupon tidak pernah lagi berusa muke moge kita kan d pertemu kan tidak lame lagi..menghitung hari untuk terbang d angkasaraya...

YaAllah selamat kan lah dan pelihara lah insan yg bergelar ibu di hati kami ini...dan juge doakan kami sekeluarge najah dgn cemerlang dalam imtihan yg bakal tiba beberapa hari lagi...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

WaLaDi 2 Tahun


untukmu ya habibi

Waladi d persisiran Montazah,Alexandria..


Assalamualaikum...Sanah helwa SANATAIN ya waladi...semoge jadi anak soleh dan d rahmati Allah dunia dan akhirat..amin...doakn mama wa baba selalu...



Nau'zubillah

Friday, April 9, 2010

BERISTIQAMAH walaupun sedikit...

Assalamualaikum...semoge kite same2 mengambil istifadah dan cube BERISTIQAMAH walaupun amalan yg sedikit...

Saturday, April 3, 2010

Mujahidah Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili

Sebuah kisah menarik yang pernah terjadi di bumi Mesir pada tahun 1965. Peristiwa ini, perlulah dijadikan pengajaran terutamanya untuk kaum muslimat. Di waktu itu, hiduplah seorang aktivis muslimah yang menyeru manusia kepada Allah SWT. Namanya Zainab Al-Ghazali.

Dia adalah seorang da’ei wanita yang cukup gigih dalam dakwahnya. Dalam hidup sehariannya, yang ada didalam fikirannya hanyalah bagaimana menyebarkan kebajikan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Dia memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam. Ketajaman kata-katanya dalam berdakwah membuat dia harus berhadapan dengan pemimpin negeri ini yang zalim pada saat itu.

Zainab Al-Ghazali pun telah menjalani fasa-fasa penyiksaan. Meremang bulu roma di saat mendengar kisahnya. Meski demikian, keyakinanannya akan pertolongan Allah swt., kelazatan iman yang dirasakannya, serta tekad yang membaja membuat ia terus bersabar. Pada Ogos 1965, Rumah Zainab Al-Ghazali digeledah oleh beberapa tentara, tanpa ada izin terlebih dahulu.

Tatkala ia meminta diperlihatkan surat penggeledahan, mereka menjawab, “Surat tugas yang mana, hai orang gila! Kami sekarang dalam masa, dimana kami bebas melakukan apa saja yang kami kehendaki terhadap kamu.” Tanpa penjelasan lain yang menjadi bukti, mereka terus mengheret Zainab Al-Ghazali keluar rumah dan dibawa dengan kereta. Tanpa pembelaan, muslimah yang tekun beribadah ini terus dimasukkan ke penjara. Namun dia tetap sabar dan mengharap pahala dari Allah swt. atas ujian yang diterimanya itu. Ia dimasukkan ke dalam ruangan penjara bernombor 24. Berikut adalah cerita pengalaman beliau sepanjang berada didalam penjara:

“Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, “Bismillah As-salamu’alaikum.” Kemudian, pintu itu ditutup kembali. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku. Ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing.

Sakit sekali. Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, “Ya Allah, Ya Allah…” Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku.



Saat itu saya berdo’a kepada Allah swt. dengan mengatakan,

“Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!”

Doa tersebut kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku.

Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu. Bukankah Allah swt. telah berfirman,“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad: 7)

Ini adalah peristiwa nyata yang terjadi semasa kekejaman pemerintahan. Peristiwa itu merupakan pertolongan yang diberikan Allah kepada Zainab Al-Ghazali, wanita muslimah tersebut. Mereka tidak berhenti melakukan penyiksaan kepada wanita muslimah ini. Hari demi hari berganti, bulan demi bulan terus berjalan dan tahun-tahun pun berganti. Namun, Zainab tetap terkurung didalam penjara dan menerima berbagai macam penyiksaan, tanpa kesalahan yang jelas.

Wahai saudaraku muslimah yang mulia, ini adalah realiti yang dialami oleh sebahagian saudarimu seaqidah yang tersebar di berbagai belahan bumi. Meski demikian, Zainab Al-Ghazali tetap bersabar dan mengharap pahala dari Allah, Dzat Yang Maha tinggi dan Maha kuasa. Ia selalu tegar kerana sangat yakin bahawa pertolongan Allah swt. pasti datang. Demikianlah, kekuatan iman itu dapat menimbulkan berbagai hal yang menakjubkan, sulit untuk dicerna oleh pemikiran manusia.

Saturday, March 20, 2010

Nikah On9...=)



Alfun Mabruk teman ngucap kan buat kedua-dua mempelai...bio pon jauh beribu batu tp kalo udah jodoh x kemane...SubhanAllah wa SyukurLillah...

Bertambah ghamei le Ahli Mutazauwwijin dr KPIPM di bumi Barakah ini...meriah ghase...yg pakei baju biru tu bile lagi nk walimah nye??berkat penggantin udah dapat dh gaye nye tu...ape2 pon teman doakn moge semue urusan kome d permudahkan..ye yeop wa yong..=)BARAKALLAH A'LAIKUM

Tuesday, March 9, 2010

لو كان بيننا الحبيب


بسم الله الرحمن الرحيم

Sirah dan sejarah telah membuktikan bahawa ramai manusia telah meninggalkan agama lama mereka untuk masuk ke dalam agama yang diredhai Allah. Faktor utama mereka ini masuk ke dalam agama Islam secara berbondong-bondong bukanlah kerana Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم seorang yang lantang dalam berpidato atau hebat dalam berdebat, tetapi ia adalah kesan terpesonanya mereka tatkala melihat peribadi dan akhlak baginda nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Akhlak nabi ini telah disifatkan oleh isterinya Saidatina Aisyah radiyallahu ‘anha dengan kata-katanya yang cukup ringkas :


"كان خُلـُقـُـه القرآن"

“Sesungguhnya akhlak baginda umpama al-Quran”

Jangan hanya menjadi manusia yang lantang dalam berkata, hebat dalam berdebat dan berhujah. Tetapi jadilah manusia yang memiliki peribadi dan akhlak yang boleh memukau setiap orang yang melihatnya. Terjemahkanlah isi kandungan al-Quran di dalam setiap tingkah laku dan tutur bicara kita. Sesungguhnya perbuatan seseorang merupakan dakwah yang lebih tajam daripada lidah yang bertutur.
"لسَانٌ الحال أبْلـَغ مِنْ لِسان المقال"

“Dakwah dengan perbuatan lebih berkesan daripada pertuturan”

Manusia terpesona dengan perbuatan. Bukan dengan tutur bicara yang sopan.

Friday, February 26, 2010

Salam maulid Rasul صلى الله عليه وآله وسلم



صلى الله عليه وآله وسلم

Monday, February 15, 2010

Raikan Mama & babah

Assalamualaikum...semoge semua d dalam rahmat & lindungan Illahi..Alhamdulillah Syukur ke hadrat illahi kerana telah selamat kami semue mghadapi imtihan yg kecil ini..moge2 semua usaha d redhoiNya dan d limpahi kelulusan kecemerlgan untuk kami semue...

Seusai imtihan faslul awal ni kami sekeluarge hanye berehat bersame waladi d rumah d sebabkan kesejukan yg menyelubungi...hehe sambil2 melayan karenah waladi yg telah 3 mggu d hambat keboringan agaknye kerane mama wa babah dok cbuk dgn kitab & pen..

Seminggu berlalu...rasekan sekejap bebeno...mase fatrah imtihan rase lambat aje nk habihnye..sesungguh nye sgt lah beruntung bg mereka yg menghargai MASA..YaAllah golonglah ana dlm golongan yg Engkau redhoi..

Udah lame x updet my blog ni..kerane kesibukan yg d asak dr pelbagai penjuru..maklumlah kehidupan sebagai penuntut ilmu,cbuk mentelaah kitab...sebagai seorg isteri setianye melayan suami...sebagai seorg ibu tanpe jemu & letih melayan waladi Asmui..semoge ana kuat & sabar dalam meniti hari2 mendatang...

YA Allah ku bersyukur padaMu dgn kehidupan ku yg sempurna ini...moge badai ujian & mehnah Mu hambamu yg kerdil ini dpt hadapi dgn IMAN d dada...
semoge destinasi akhirnye dapat ku selusuri dgn jayanya...








destinasi tenagkan fikiran bersame waladi
Makmorah beach..

YaAllah...najahkan mama&babah..amin


Syukran mama&babah bw Asmui jalan-jalan

Sunday, January 3, 2010

Imtihan...

"Kapal tidak berlayar di atas daratan"...Kamu inginkan kejayaan tetapi kamu tidak melalui jalannya.

Kejayaan bukanlah mudah, tetapi bukanlah mustahil dicapai. Jika kita mengimpikan diri kita meniti pelangi, kita hendaklah terbang setinggi burung. Impikan cahaya secerah lilin, kita perlu membakar diri. Inginkan sesuatu yang luar biasa memerlukan kepada usaha yang luar biasa. Tiada kekenyangan tanpa suapan, tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Ingatlah, genius bukan dilahirkan, tetapi genius itu diusahakan. Kita tidak mungkin tahu masa depan kita secara pasti, maka berusahalah mencapai masa depan yang terbaik. Hadis Nabi Muhammad S.A.W yang mafhumnya 'bekerjalah seolah-olah kita akan hidup selamanya, dan beribadahlah seolah-olah kita akan mati esok'. Jika kita fikirkan kita boleh, dan berusaha semampunya, kita pasti boleh InsyaAllah.