Sirah dan sejarah telah membuktikan bahawa ramai manusia telah meninggalkan agama lama mereka untuk masuk ke dalam agama yang diredhai Allah. Faktor utama mereka ini masuk ke dalam agama Islam secara berbondong-bondong bukanlah kerana Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم seorang yang lantang dalam berpidato atau hebat dalam berdebat, tetapi ia adalah kesan terpesonanya mereka tatkala melihat peribadi dan akhlak baginda nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Akhlak nabi ini telah disifatkan oleh isterinya Saidatina Aisyah radiyallahu ‘anha dengan kata-katanya yang cukup ringkas :
"كان خُلـُقـُـه القرآن"
“Sesungguhnya akhlak baginda umpama al-Quran”
Jangan hanya menjadi manusia yang lantang dalam berkata, hebat dalam berdebat dan berhujah. Tetapi jadilah manusia yang memiliki peribadi dan akhlak yang boleh memukau setiap orang yang melihatnya. Terjemahkanlah isi kandungan al-Quran di dalam setiap tingkah laku dan tutur bicara kita. Sesungguhnya perbuatan seseorang merupakan dakwah yang lebih tajam daripada lidah yang bertutur.
"لسَانٌ الحال أبْلـَغ مِنْ لِسان المقال"
“Dakwah dengan perbuatan lebih berkesan daripada pertuturan”
Manusia terpesona dengan perbuatan. Bukan dengan tutur bicara yang sopan.
Toddler's dressing area Montessori style
6 years ago
0 comments:
Post a Comment