Assalammualaikum...rasa nk berkongsi ilmu dgn sahabat2
semua..apabila melihat rancangan tanyalah ustaz selama 3 hari (hari ni
hari last topik" terjebak dgn khurafat") yg telah disampaikan oleh Ustaz
Syarhan,beliau ada menceritakan tentang iblis yg bernama Ummu
Sibyan,apabila diletakannya didalam laut,maka laut akan kering,bila
diletak di tepi pokok,pokok akan mati,dan apabila dia berada d dalam
tubuh kanak2,kanak2 akan cacat sampai mati..nauzubillah...
lalu Ustaz
Syarhan ada bekalkan doa utk ibu2 yg mengandung( letak tgn diatas perut
)@ibu2 yg mempunyai anak2 kecil (letak tangan di atas kepala anak
)supaya mengamalkan ayat daripada surah an-nahl:78..semoga anak2 yg
bakal lahir dan anak2 yg sudah lahir akan dijauhkan drpd Ummu
Sibyan...wallahu a'lam..selamat beramal...
Thursday, November 29, 2012
Ummu Sibyan..sape tu???
Posted by
HaYaYa
at
7:37 AM
0
comments
Labels: iLmiAh
Thursday, March 1, 2012
Renungan bersama...saye & anda c pembace=)
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
Posted by
HaYaYa
at
12:55 AM
0
comments
Labels: iLmiAh
Sunday, October 9, 2011
KISAH MANGKUK YANG CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a.
Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.
Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).
Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".
Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut". Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Allah SWT berfirman, " Sorga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju sorga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Wallahua'lam
Posted by
HaYaYa
at
3:19 AM
0
comments
Labels: iLmiAh
Thursday, September 29, 2011
Saturday, September 24, 2011
Mari belaja FEQH besame2...
Cium Isteri Depan Orang Ramai...boleh ke x??
Posted by
HaYaYa
at
7:10 PM
0
comments
Labels: iLmiAh
Sunday, May 30, 2010
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
Kisah menarik dan info yang sgt bermanfaat untuk sahabat2 yg bergelar baba mama,abi umi,ibu ayah dan yang sewaktu dengan nya...
Al-kisah seorang bayi yg baru berusia 4 bulan....
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.
Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian. Sayangi anak kite yg kite kandung 9bulan10hari...semoge bermanfaat untuk sahabat2 d luar sane...
Sepotong hadis untuk kite renungi bersame2....
Posted by
HaYaYa
at
7:47 AM
0
comments
Labels: iLmiAh
Friday, December 18, 2009
Monday, November 23, 2009
Habibi Ya Rasulullah

Wajib mengetahui dan berpegang bahawa Nabi Muhammad SAW :
a. Dilahirkan di Mekah
b. Diangkat menjadi Rasul pada usia 40 tahun
c. Menerima wahyu daripada Allah selama 23 tahun berturut-turut
d. Berpindah ke Madinah setelah 13 tahun di Mekah
e. Wafat pada usia 63 tahun di Madinah
f. Dikembumikan di lingkungan Masjid Nabi dan umat Islam dibenarkan menziarahinya
g. Bukan malaikat atau makhluk lain. Baginda SAW makan, minum dan berkahwin seperti manusia biasa
h. Seperti manusia biasa, tetapi rohani dan jasmaninya adalah luar biasa. Oleh itu, wahyu tersebut diturunkan kepadanya. Sekiranya wahyu diturunkan kepada bukit, sudah pasti ia akan lebur
i. Adalah makhluk Allah SWT yang paling mulia
Keturunan Nabi Muhammad SAW di sebelah ayah seperti berikut :
a. Muhammad bin Abdullah
b. Abdullah bin Abdul Muthalib
c. Abdul Muthalib bin Hasyim
d. Hasyim bin Abdul Manaf
e. Abdul Manaf bin Qushai
f. Qushai bin Kilab
g. Kilab bin Marrah
h. Marrah bin Ka’ab
i. Ka’ab bin Lu’ai
j. Lu’ai bin Galib
k. Galib bih Fihir
l. Fihir bin Malik
m. Malik bin Nadhar
n. Nadhar bin Kinanah
o. Kinanah bin Khuzaimah
p. Khuzaimah bin Mudrikah
q. Mudrikah bin Ilyas
r. Ilyas bin Mudhar
s. Mudhar bin Ma’ad
t. Ma’ad bin Adnan
Keturunan Baginda SAW di sebelah ibu pula seperti berikut :
a. Muhammad bin Aminah
b. Aminah binti Wahab
c. Wahab bin Abdul Manaf
d. Abdul Manaf bin Zahrah
e. Zahrah bin Kilab (bersambung dengan keturunan ayah Baginda SAW)
Isteri baginda SAW ketika hidupnya ialah :
a. Khadijah binti Khuwailid
b. Aisyah binti Abu Bakar
c. Hafsah binti Umar
d. Ummu Salamah binti Abi Umayyah
e. Ummu Habibah binti Abi Sufian
f. Saudah binti Zam’ah
g. Zainab binti Jahsy
h. Zainab binti Khuzaimah
i. Maimunah binti Harits
j. Juwairiah binti Harits
k. Safiyyah binti Hayy
Anak-anak Baginda SAW seperti berikut :
a. Zainab
b. Ruqayyah
c. Ummu Kalsum
d. Siti Fatimah
e. Qasim
f. Abdullah
g. Ibrahim
Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk semua makhluk, tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama.
Nabi Muhammad SAW naik ke langit ketika peristiwa mikraj, melalui Baitul Muqaddis pada 27 Rejab dan kembali ke dunia pada malam yang sama dengan membawa perintah untuk mendirikan solat fardhu 5 waktu. Baginda SAW mikraj dengan tubuh dan rohnya.
Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang pertama diangkat menjadi nabi, ketika itu jasad Nabi Adam AS masih terbaring di dalam syurga masih belum dimasukkan nyawa. Oleh sebab itulah Baginda SAW adalah Nabi yang mula-mula diangkat menjadi Nabi dan paling terakhir sekali lahir ke dunia.
Nabi Muhammad SAW mampu memberi syafaat kepada seluruh manusia dengan izin Allah SWT. Antaranya mempermudahkan perhitungan di Padang Mahsyar.
Setelah kewafatan Baginda SAW, digantikan oleh Saidina Abu Bakar RA, kemudian Saidina Umar al Khattab, Saidina Uthman al Affan dan yang keempat ialah Saidina Ali KAW. Keempat-empat khalifah ini digelar Khulafa’ ar Rasyidin.
Wajib meyakini dan berpegang bahawa makhluk yang termulia mengikut tertib berikut :
a. Nabi Muhammad SAW
b. Rasul Ulul Azmi
c. Rasul-rasul lain
d. Ketua Para Malaikat
e. Malaikat-malaikat lain
f. Dan berikutnya
Wajib meyakini dan berpegang, bahawa sahabat Baginda SAW yang paling mulia mengikut tertib berikut :
a. Khulafa’ ar Rasyidin mengikut tertib
b. 6 orang yang dijanjikan syurga (selain Khulafa’ ar Rasyidin), iaitu
i. Talhah bin Ubaidillah
ii. Zubair al Awwam
iii. Abdur Rahman bin Auf
iv. Sa’ad bin Abi Waqqas
v. Sa’id bin Zaid
vi. Abu Ubaidah al Jarrah
c. Sahabat Baginda SAW yang menyertai Perang Badar
d. Sahabat Baginda SAW yang menyertai Perang Uhud
e. Sahabat Baginda SAW yang menyertai Perjanjian ar Ridhwan
f. Sahabat-sahabat Baginda SAW yang lain
Posted by
HaYaYa
at
7:25 AM
0
comments
Labels: iLmiAh
Friday, August 21, 2009
Saturday, August 15, 2009
BerSediaKaH nak PuAsE??
Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya : 1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan." Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei. 2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu." Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi 3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya : "Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu." Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi 4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah." Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi 5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. " Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.
Posted by
HaYaYa
at
2:38 PM
0
comments
Labels: iLmiAh
Saturday, July 25, 2009
Saturday, July 11, 2009
PerUBAHan MENUJU lebih baik
Posted by
HaYaYa
at
7:09 AM
0
comments
Labels: iLmiAh
Monday, July 6, 2009
Solat Jenazah
Posted by
HaYaYa
at
8:17 PM
0
comments
Labels: iLmiAh
Sunday, June 28, 2009
Saturday, March 21, 2009
Kepimpinan Rasul Khatimul Anbiyak
Nabi Muhammad saw. adalah pemimpin dunia yang terbesar sepanjang sejarah. Karena hanya dalam waktu 23 tahun (kurang dari seperempat abad), dengan biaya kurang dari satu persen biaya yang dipergunakan untuk revolusi Perancis dan dengan korban kurang dari seribu orang. Beliau telah menghasilkan tiga karya besar yang belum pernah dicapai oleh pemimpin yang manapun di seluruh dunia sejak Nabi Adam as. sampai sekarang. Tiga karya besar tersebut adalah:
- تَوْحِيْدُ الإِلهِ (mengesakan Tuhan)
Nabi Besar Muhammad saw. telah berhasil menjadikan bangsa Arab yang semula mempercayai Tuhan sebanyak 360 (berfaham polytheisme) menjadi bangsa yang memiliki keyakinan tauhid mutlak atau monotheisme absolut.
- تَوْحِيْدُ الأُمَّةِ (kesatuan ummat)
Nabi Besar Muhammad saw. telah berhasil menjadikan bangsa Arab yang semua selalu melakukan permusuhan dan peperangan antar suku dan antar kabilah, menjadi bangsa yang bersatu padu dalam ikatan keimanan dalam naungan agama Islam.
- تَوْحِيْدُ الْحُكُوْمَةِ (kesatuan pemerintahan)
Nabi Besar Muhammad saw. telah berhasil membimbing bangsa Arab yang selamanya belum pernah memiliki pemerintahan sendiri yang merdeka dan berdaulat, karena bangsa Arab adalah bangsa yang selalu dijajah oleh Persia dan Romawi, menjadi bangsa yang mampu mendirikan negara kesatuan yang terbentang luas mulai dari benua Afrika sampai Asia.
Kunci dari keberhasilan perjuangan beliau dalam waktu relatif singkat itu adalah terletak pada tiga hal:
- Keunggulan agama Islam
- Ketepatan sistem dan metode yang beliau pergunakan untuk berda'wah.
- Kepribadian beliau.
Keunggulan agama Islam terletak pada delapan sifat yang tidak dimiliki oleh agama-agama lainnya di seluruh dunia ini, yaitu:
- Agama Islam itu adalah agama fitrah.
- Agama Islam itu adalah mudah, rational dan praktis.
- Agama Islam itu adalah agama yang mempersatukan antara kehidupan jasmani dan rohani dan antara kehidupan duniawi dan ukhrawi.
- Agama Islam itu adalah agama yang menjaga keseimbangan antara kehiduan individual dan kehidupan bermasyarakat.
- Agama Islam itu adalah merupakan jalan hidup yang sempurna.
- Agama Islam itu adalah agama yang universal dan manusiawi.
- Agama Islam itu adalah agama yang stabil dan sekaligus berkembang.
- Agama Islam itu adalah agama yang tidak mengenal perubahan.
Sistem dakwah yang dipergunakan oleh Nabi Besar Muhammad saw. adalah:
- Menanamkan benih iman di hati umat manusia dan menggemblengnya sampai benar-benar mantap.
- Mengajak mereka yang telah memiliki iman yang kuat dan mantap untuk beribadah menjalankan kewajiban-kewajiban agama Islam dengan tekun dan berkesinambungan secara bertahap.
- Mengajak mereka yang telah kuat dan mantap iman mereka serta telah tekun menjalankan ibadah secara berkelanjutan untuk mengamalkan budi pekerti yang luhur.
Metode dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah saw. adalah:
- Hikmah, yaitu kata-kata yang tegas dan benar yang dapat membedakan antara yang hak dan yang bathil.
- Nasihat yang baik.
- Menolak bantahan dari orang-orang yang menentangnya dengan memberikan argumentasi yang jauh lebih baik, sehingga mereka yang menentang dakwah beliau tidak dapat berkutik.
- Memperlakukan musuh-musuh beliau seperti memperlakukan sahabat karib. Keempat metode dakwah beliau di atas, disebutkan oleh Allah swt. dalam Al Qur'an al Karim dalam surat:
An Nahlu ayat 125:
اُدْعُ اِلَى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ، وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِى هِيَ اَحْسَنُ ؛ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ اَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيْلِهِ ، وَهَوَ اَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِيْنَ .
"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
Surat Fushshilat ayat 34:
وَلاَ تَسْتَوِى الْحَسَنَةُ وَلاَ السَّيِّئَةُ ؛ اِدْفَعْ بِالَّتِى هِيَ اَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِى بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَاَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيْمٌ .
"Dan tiadalah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) itu dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia".
Kepribadian Nabi Besar Muhammad saw. yang sangat menunjang dakwah beliau disebutkan dalam Al Qur'an sebagai berikut:
- Bersikap lemah-lembut.
- Selalu mema'afkan kesalahan orang lain betapapun besar kesalahan tersebu selama kesalahan tersebut terhadap pribadi beliau.
- Memintakan ampun dosa dan kesalahan orang lain kepada Allah swt., jika kesalahan tersebut terhadap Allah swt.
- Selalu mengajak bermusyawarah dengan para sahabat beliau dalam urusan dunia dan beliau selalu konsekwen memegang hasil kepautusan musyawarah.
- Jika beliau ingin melakukan sesuatu, maka beliau selalu bertawakkal kepada Allah swt. dalam arti: direncanakan dengan matang, diprogramkan, diperhitungkan anggarannya dan ditentukan sistem kerjanya.
Kelima kepribadian Nabi Besar Muhammad saw. tersebut di atas, dituturkan oleh Allah swt. dalam surat Ali Imran ayat 159:
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللهِ لِنْتَ لَهُمْ ، وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيْظَ الْقَلْبِ لاَنْفَضُّوْا مِنْ حَوْلِكَ ، فَاعْفُ عَنْهَمْ .وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِى الاَمْرِ ، فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللهِ ؛ إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِيْنَ .
"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya".
Posted by
HaYaYa
at
4:34 AM
0
comments
Labels: iLmiAh
Cabang IMAN
Dalam ajaran agama Islam disebutkan bahwa rukun atau sendi iman ada enam sebagaimana tersebut dalam hadits riwayat Imam Muslim. Iman tersebut mempunyai cabang sebanyak 77 (tujuh puluh tujuh). Setiap cabang berupa pekerjaan yang harus dikerjakan oleh setiap orang yang mengaku beriman. Apabila 77 pekerjaan tersebut dilakukan seluruhnya, maka sempurnalah iman seseorang. Apabila ada yang ditinggalkan, maka berarti berkurang ketebalan imannya. Cabang iman sebanyak 77 adalah berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh para ahli hadits yang berbunyi:
Rasulullah saw bersabda: "Iman itu 77 cabangnya. Yang paling utama dari cabang-cabang tersebut adalah mengucapkan "La ilaha illallah" (tiada Tuhan melainkan Allah) dan cabang yang paling rendah adalah menyingkirkan rintangan dari jalan. Malu (berbuat maksiat) adalah satu cabang dari iman." H.R. Para Ahli Hadits.
Ketujuh puluh tujuh cabang iman tersebut dituturkan dalam bait syair:
Iman kita ada 77 cabang, yang para ahli keutamaan benar-benar akan menyempurnakannya, sehingga menjadi orang besar di sisi Allah.
Posted by
HaYaYa
at
4:03 AM
0
comments
Labels: iLmiAh
77 CABANG IMAN
jom kite kenali cabang2 IMAN
1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada para rasul
3. Beriman kepada malaikat
4.Berimankepada kitab-kitab
5.Beriman kepada Hari Kemudian
6.Beriman kepada Takdir
Beriman kepada :
7.Ba’ats (hidup yang kedua sesudah mati)
8.Hasyr (berkumpul semua makhluk sesudah bangun dari kubur)
9.Tempat orang mukmin di syurga dan tempat orang kafir di neraka
10.Mahabbah (cinta) kepada Allah
11.Khauf (takut kepada Allah)
12.Roja (mempunyai harapan akan belas kasih dari Allah)
13.Tawakkal (menyerah kepada Allah)
14.Mahabbah (cinta) kepada junjungan Nabi besar Muhammad Saw.
15.Ta’dzim ( memuliakan) kepada junjungan Nabi besar Muhammad Saw.
16.Yakin pada kebenaran Islam. Lebih baik masuk kedalam api dari pada menjadi kafir.
17.Menuntut ilmu pengetahuan
18.Mengajarkan Ilmunya
19.Ta’dzim (memuliakan) Al Qurân
20.Bersuci
21.Mendirikan shalat lima waktu
22.Membayar Zakat
23.Puasa bulan Ramadhan
24.I’tikaf (berhenti di dalam mesjid sementara waktu)
25.Haji (Ziarah ke Baitullah)
26.Jihad fi sabilillah (membela agama Allah)
27.Waspada (murobathoh menjaga musuh)
28.Waktu berperang, tetap dimuka musuh
29.Menyerahkan seperlima harta jarahan untuk imam
30.Memerdekakan hamba (budak)
31.Menjalankan kifarat ( tebusan) bagi yang berkewajiban
32.Menepati janji
33.Mengingat- ingat betapa banyaknya kemurahan dan kenikmatan Tuhan yang melimpah- limpah, dan bersyukur
34.Menjaga mulut dari yang tak ada faedah
35.Menjaga farji (kemaluan) jangan sampai mendatangi larangan agama
36.Menyampaikan amanat (titipan)
37.Menjaga jangan sampai melukai atau membunuh orang lain
38.Menjaga tangannya dari pada mengambil yang bukan haknya
39.Berhati- hati dari makanan dan minuman yang haram, pula harus menjauhi barang yang tidak halal
40.Menjaga jangan sampai memakai pakaian atau perhiasan serta memakai tempat- tempat yang haram.
41.Jangan sampai bermain-main yang tidak berguna sehingga melanggar larangan agama.
42.Harus hemat dan cermat atas harta bendanya, jangan sampai mubadzir.
43.Harus menjauhi rasa tak enak dalam hati serta dengki.
44.Menjaga keperwiraan (wira‘i)
45.Ikhlas dan meninggalkan laku congkak
46.Gembira di waktu menerima kebajikan, susah manakala menderita keburukan
47.Taubat dari segala dosa
48.Menjalankan qurban (udhiyah, aqiqah, dam, nadzar)
49.Ta’at kepada Ulul- Amri.
50.Percaya kepada perkara yang sudah dimufakati para alim ulama (ijma)
51.Berlaku adil
52.Amar ma’ruf nahi munkar
53.Tolong menolong pada laku ibadah berdasar taqwa (takut kepada Allah)
54.Hayâ(malu)
55.Ta’at kepada dua orang tua
56.Silaturrahim (menyambung persaudaraan)
57.Budi perangai yang utama
58.Berbuat baik terhadap budak belian
59.Menepati hak-hak budak belian
60.Menepati hak-hak anak istri.
61.Bersaudara kepada semua orang Islam, memberi salam jika bertemu dan bersalaman
62.Menjawab salam
63.Menengok orang sakit
64.Menyalatkan mayat orang Islam
65.Mendoakan orang bersin, bilamana ia memuji (tahmid) Tuhan
66.Menjauhkan diri berkawan atau bersahabat dengan orang kafir atau orang yang senang berbuat kerusakan dan supaya bersikap keras kepada mereka
67.Memuliakan tetangga
68.Memuliakan tamu
69.Menutup rahasia orang lain
70.Sabar dalam cobaan dan mengekang keinginan.
71.Zuhud (tidak menggantungkan diri kepada keduniaan) qoshrul- amal (menjauhi panjang angan- angan)
72.Ghirah
73.Berpaling dari barang sesuatu yang sia- sia
74.Bermurah hati
75.Belas kasih kepada anak-anak dan memuliakan orang tua
76.Merukunkan orang yang berselisih
77.Cinta kasih kepada saudaranya, cinta kasih kepada dirinya sendiri, termasuk cinta kasih bila menyingkirkan barang berbahaya yang ada di jalan
Posted by
HaYaYa
at
4:01 AM
3
comments
Labels: iLmiAh





