Wednesday, November 4, 2009

Siape Pemimpin Pilihan Kalian???


Hendak maju mudah,
Hendak membangun mudah,
Hendak menjadi manusia pandai berlaku lumrah,
Hendak senang dan kaya tidak payah,
Yang susah hendak bersatu padu,
Yang payah hendak rasa bersama dan bekerja sama,
Yang susah hendak bertolong bantu,
Yang susah, yang kaya membantu,
Yang miskin sabar tidak meminta-minta,
Yang susah bertolak ansur,
Yang susah maaf bermaafan melupakan kesalahan orang,
Jadi kalau pemimpin kalau berjaya menyusahkan,
Kemajuan bukanlah wira
Kalau pemimpin itu berjaya memandaikan rakyatnya
Bukanlah cemerlang dan gemilang,
Kalau pemimpin itu berjaya mengusahakan rakyatnya kaya raya,
Bukanlah satu keistimewaan,
Bukanlah satu kejayaan,
Pemimpin yang sebenarnya
Dapat mengenalkan rakyatnya pada Tuhan,
Takut dan cinta kepada Tuhan,
Pemimpin yang sebenarnya itu dapat membasmikan hasad dengki
Di kalangan rakyatnya,
Pemimpin yang sebenar itu dapat menanam kasih sayang
Di kalangan rakyatnya,
Pemimpin yang sebenar itu dapat mendidik rakyatnya
Mengutamakan orang lain,
Pemimpin yang sebenarnya itu dapat menanamkan kepada rakyatnya
rasa bersama dan bekerja sama,
Pemimpin yang sebenarnya dapat mendidik rakyatnya
Maaf bermaafan satu sama lain,
Bertolak ansur sesama,
Pemimpin yang sebenarnya dapat mendidik rakyatnya
Cintakan Akhirat lebih dari dunia,
Hingga rakyatnya sanggup mengorbankan dunianya kerana Akhiratnya,
Pemimpin yang sebenarnya dapat menjadikan rakyatnya Tuhan Cinta Agungnya,
Bukan kekayaan kecintaannya,
Bukan nama, glamour dan pangkat kecintaannya,
Banyak pemimpin di dunia
Gagal memimpin rakyatnya,
Dia dapat memimpin yang mudah-mudah,
Yang susah-susah gagal memimpinnya,
Sebab itulah di Akhirat nanti,
Banyak pemimpin yang jadi sebab orang ramai terjun ke Neraka.
Nau'zubillahMINzalik...

0 comments: